12/28/10

Kalau aku anak tunggal

Kalau aku anak tunggal pertama kamahuan mesti diturutkan dengan serta merta ish dasar budak ini kaki perintah
kalau aku anak tunggal aku tahu mesti sunyi sepi tiada adik beradik lain teman bergadoh bermanja eh xmengapa BOBO ada BABY ada kan hahaha
Kalau aku anak tunggal mama abah mesti limpah kasih sayang yang tak terhingga kat aku kan kan tak deknya nak maen maen sharing is caring
kalau aku anak tunggal harta pusaka mak bapak aku mesti jatuh kat tangan aku betol dak dan tiada lagi nak berebut rebut kerana harta sanggop berparang parang segala haish apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang nih nauzubillah
kalau aku anak tunggal mungkin takkan adanya kata kata begini
"mama kata ni aku yang punya !"
"abah kata ni aku yang punya !"
sebaliknya
"mama abah kata ni aku yang punya !"
kalau aku anak tunggal aku nak belajar pandai pandai baru boleh jamin kehidupan sebab nanti aku muflis sapa nak tolong aku adik beradik tak ada bukan
kalau aku anak tunggal aku takkan cerita gebang depan cakap lain belakang cakap lain yelah anak tunggal orang kata semua benda dapat tapi aku tak tahu orang yang kata aku tak penah lagi mengalaminya
kalau aku anak tunggal aku nak jadi baik tapi bukan skema harap maklum
kesimpulannya aku 50 50 nak menjadi anak tunggal tak pek paeh kita boleh tukar tak aku nak alami apa kau alami jadi anak tunggal 2 hari cukuplah lagipon abang lang tak dek abang mesti dia nak ada kakak cukuplah seorang haha

11/12/10

Gua, Paeh dan Aya

Hati gua dup dap dup dap gua xkira gua nak update juga pasal nih pasal nanti gua mesti terlupa. berdebar debar nak cerita pasal tadi semuanya pasal tadi kah kah kah.
Tadi gua seronok pergi mcd , harini mcd, harituh mcd, bulan lepas mcd. mcd, mcd, mcd aduh buat gua penasaran saja. hahah. abaikan yg itu xdk kena mengena persetan itu semua.
err, gua tak tahu mana nak start okay gua mula dengan sebelum pergi
eyfa : nanti kat mcd kaw belanja aku spicy chicken mcdeluxe dengan nestea
kat mcd
paeh : kaw nak ape ?
eyfa : err, xnyah lah
hahaha. last sekali paeh blanje gua dan aya fries okaylah tuh kan. tetibe pulak aku jadi kenyang lepas paeh bagi aku CN. hahaha. papepon aku ucapkan takziah ehh bukan tahniah kepada kaw paeh sebab menjadi lelaki pertama bagi gua CN sobs sobs terharu nih kah kah kah. sampai sekarang aku pakai lagi CN nih err gua tunjuk kat kakak gua dia kata macam laki punya gua pon setuju dengan kakak gua mmg macam laki punya. alaah xkesahlah laki punya ke bapok punya ke. terima kasih gua ucapkan.
lepas nih turn gua pulak belanja paeh pisang goreng singgit dan air kelapa singgit. okaylah tuh 2 hinggit ja luak. muahaha
lepas abes melantak kat mcd gua seronok meronggeng dengan aya dan paeh. bukan main lagi jalan jalan sambil suap fries blurpp blurpp ahhh sedappp last last aku balik rumah teros terjah jamban tunggu punya tunggu tak kua kua pon. okay aku fed up gua keluar jamban gua duduk atas katil gua makan mcflurry oreo. muahaha.
lepas tuh gua malas nak cerita. sebelum balik paeh belanja gua mcflurry oreo sekali dengan adik2 aya kat rumah tuh dia belanja baek beno hang nih paeh naa okay, nah ! gua bagi balik pujian gua tadi GUDBOY. xjadi aku nak campak dslr kaw. heee yaaah
balik kena jalan kaki tapi xpek lah gua sama aya dah pro lintas jalan sukanya hati gua :) lagipon balik tadi paeh yang bawakkan gua dengan aya lintas jalan macam budak kecik mengada ngada muahaha. ayat putar belit kah kah kah.
akhir sekali balik2 ja gua dapat penyakit. yaa kaki gua sakit sebabnya luka. luka dekat ibu jari kaki kiri dan kanan. mula mula gua tengok kiri saket lepastuh kanan juga turut sakit. gua jalan pon terjengket jengket apalah naseb gua pon xtahu macam mana nak buat kesian sama gua -...-"
Gua sudahi dengan ucapan assalamualaikum dan selamat sejahtera

11/9/10

TitiK Gua Ghaib

Cuba baca dengan sebetul betulnya bisa kan. jangan dipikirkan yang enggak enggak. ejaannya 'i' bukan 'e'. wahhh. terangkat abes. piat telinga kang, lempang kiri lempang kanan. kah kah kah. okay bertenang jangan kelam kabut.
masuk pada tajuk gua kat atas tuh. kalau diperhatikan post post gua yang kebanyakannya memang luar biasa sebabnya titik gua ghaib. seperti mana tasya said " mana titik kaw nih rep puas aku mencari sampai sesak nafas aku " muahaha.
gua pon tak tahu sendiri kenapa tak ada titik mungkin gua malas yaa gua malas sekali ( sekali saja bukan berkali kali ) muahaha. padahal bukannya berpeluh pon ketiak aku nih nak letak menatang tuh macam Pak Mail yang tiap tiap hari nak angkat tong gas untuk dihantar rumah ke rumah tak pon ni ha jiran belakang rumah punya anak teruna kira kira adelah 3 orang semuanya putih gebu kah kah kah mereka nak kena berlatih maen bola kat padang maka tiap2 petang jugaklah aku akan ngendap anak teruna orang. ececehh. ape kena mengena entah nih.
okay, anda mahukan titik gua ini hambekkk. !
pagi. tadi. aku. bangon. pagi. terus. turun. bawah. tengok. adik. aku. semua. menghadap. komputer. maen. game. aku. mara. mara. then. aku. pulak. guna. komputer. on. fb. lepas. tuh dah. pukul. 11. adik. lapa.r suruh. aku. masak. maggie. aku. buat. patu. lepas. dah. abes. makan. berterabur. maggie. atas. lantai. aku. kemas. dan. terus. blah. naik. atas. patu. mandi.
kah kah kah. itu dia titik gua. hanya kali ini ja titik gua xghaib selepas ini x akan menjelma lagi dah. kepada anda semua jangan merindui titik aku. muahahaha.

10/24/10

Kawan aku sampai mati

cehh, comel gambar ni doe aku suka sangat lah. aku cilok hahaha
gambar ibu di blurkan sebab nanti ibu pula yang wanted haha
aku bosan. tak tahu nak buat ape. bosan gila gila. nak keluar lagi lah x bole. duduk rumah alahaii macam orang tak guna xtahu nak buat ape bosan doe. sini dengar nak cerita pasal kawan aku dengarlah weh.
diberi nama nurul natasya anak ayah zaidi dan juga anak ibu hamidah. ibu dan ayah panggil 'kakak'. adik adik panggil 'omel' sebab ape omel. aku pon tak tahu bila ditanya nama sejak kecik. teringat arituh aku tanya soalan nih depan si mok dengan selambek aku jawab sebab comel haha tasya malu aku tahu saja aku nak kenakan kaw depan dy haha. soryy weh tanpa sengaja dan sengaja. hahahahaha
aku sayang dia sebagai sahabat aku. dengan dia, aku boleh luahkan segalanya masalah aku yang berlambak lambak ni sebab dia tak macam setengah orang tuh mulut tempayan ke hulu hilir cerita keaiban orang kat masyarakat sekeliling. kata kawan sampai mati ? ape tuh ? hanya mulut je yang cakap meluahkan janji manis tapi tak laksanakan xguna lah kaw jadi orang. baik jadi king kong berguna juga dapat duet buat tanyangan. dengan dia aku rasa happy thanks weh sudi dengar masalah aku aku sayang kaw lah muah muah nah ! sambut flying kiss aku nih omel :)
aku tekankan kat sini kami hanyalah teman rapat kawan sampai mati tidak lebih dari tu. jangan cemburu atau iri hati kerana kami dilahirkan dan sudah ditakdirkan untuk menjadi sahabat selepas sudah ditinggalkan sahabat ( ayat mendalam cuba pahamkan ) kami tidak pernah nak manjadi lesbian tidak sama sekali. itu fitnah hanya fitnah.
aku mula rapat dengan dia baru saja so hubungan kami masih baru tolonglah jangan menghancurkan semangat setia kawan kami. yaa, aku tahu ade orang hairan asallah tetibe je aku rapat ngan tasya ni. okay bagi microphone aku nak cakap kuat kuat bagi semua orang dengar aku suka berkawan dengan dia sebab dia lain dia care about aku, dia banyak tolong aku, dia best lah weh aku suka berkawan dengan dia aku xnak lah luahkan banyak banyak biarjelah aku dan dia saja yang tahu. kesana sini together ke sini sana together aku tahu ade orang cakap belakang pasal aku dan dia tapi kami tak amek port pon pasal tuh semua orang berhak untuk berkawan dan memilih kawan yang mereka rasa mereka sesuai dengan kita so x salahkan aku memilih dia sebagai kawan aku ? SO aku seru kapada rakyat malaysia diluar sana jangan dengki anatara aku dan dia. paham ?!!
click pada gambar untuk tumbesaran
kepada peminat peminat tasya zaidi aku syorkan kat korang jangan lah jadi bodoh sebab cemburu buta dengan relationship aku dan dia tuh sebab aku dan dia sama sama perempuan dan kami tidak mungkin akan bersama bila nak suruh tok kadi nikahkan kami pon tidak boleh tok kadi hampir pengsan nampaknya tambahan pula dalam islam melarangnya, selain itu ibu bapa membantahnya. kami tak boleh bersama atas nama pakwe makwe/suami isteri tidak akan sampai mati. jangan jadi bodoh sebab cemburu okeh.

10/19/10

" aku obses, ohh tidak mungkin "

sudah sekian lama aku tinggalkan blog. rindu untuk beraksi semula. as u know, pmr dah abes, finish, tamat atau sebagainya hidup aku untuk pmr dah tamat segalanya untuk pmr sudah berakhir tapi ilmu yg dibekalkan harus digunakan juga untuk jadi umur 16. tahun depan jadi budak umur 16 tak tahu kat mana eyfa nurman akan belajar tunggu sajalah untuk maratapi keputusannya antara mimik yg ditonjolkan sama ada gembira, sedih, berduka cita, gila atau lain lain. tunggu sajalah nanti aku umumkan pasti aku tak lupa nak buat entry untuk itu. mmg xsabar nk dapat hadiah xsaba sangat tapi itu semua depend on result juga.
bila dah abes exam sumpah aku tak tahu nak buat apa dalam bilik meroyan dengan novel bila sedih menangis, bila happy gelak. bila rasa nak terkencing pegi buang. semuanya ada jalan penyelesaian cuma kadang kadang manusia ja yang ego tahap maksima sukar untuk dibawa berbincang semua itu hanya ego semata mata. eyfa sudah kekelingan disebabkan pengaruh novel andai itu takdirnya.
novel ? aku memang suka baca novel tapi lagi aku suka novel cinta kalau diberi novel, besar tapak tangan stadium bukit jalil aku tadahkan. teramat suka suka yg amat suka. bila sedih aku akan menangis rasanya kalau ditadah mungkin sama dengan sungai mekong tempat kegiatan pasar apung. nampak itu geografi sudah termasuk sekali. tambahan pula bila rasa geli hati mungkin aku akan gelak sampai rasa nak terkonyak dah mulut aku ni tapi aku tidaklah sehebat mana aku hanya anak abah.
setiap hari kegiatan yg aku akan buat online seterusnya makan di samping itu tido selain itu texting. yg selalu berulang ulang kali dibuat makan. makan 5 kali sehari mungkin kaw tak percaya tapi itulah hakikatnya kaw harus terima dengan hati yang terbuka. tapi kaw jgn sangka aku makan banyak aku punya badan macam bob kuman tidak sama sekali. walaupon aku ni kuat melantak tapi berat aku tetap okay tak pernah k.o kaw jangan nak cemburu buta. kaw adalah kaw, aku adalah aku. tak mungkin aku jadi kaw atau sebaliknya.
rasanya sudah penat aku mengarut buat ayat keling sebab ape yg diatas sudah lari dengan tajuk aku hari ni. xpaham pahamkan lah sampai kaw rasa paham tahap overdose.
setiap manusia yg lahir kat dunia ni mempunyai banyak benda yg mereka suka atau sebaliknya. aku juga tak ketinggalan untuk sama2 menyertainya kerana bersatu kita teguh bercerai kita roboh atau 1 malaysia nampaknya tersenyum perdana menteri kita kerana seruannya disahut.
hidup aku penuh dengan kemerahan bukan kemarahan sebab saya seorang yg happy go lucky. tak percaya tanya awek saya. nama awek saya tasya zaidi.
yaa. aku suka merah sebab aku teramat suka. merah menawan " cantik menarik tertarik kaw memang da bomb " tambahan pula merah tu menunjukkan orang tuh berani yaa aku berani aku anak abah. anak abah memang berani. sana sini merah sana situ merah semuanya merah. tanpa sedar aku dah gilakan merah bila shopping merah saja yg dicari nasib baik aku ade assintant yg sedia membantu untuk mencari merah. tapi aku tekankan sekeras kerasnya yg aku tidak obses dengan merah. aku tidaklah seobses si afzal sampai cermin mata pon warna merah. aku bukan macam tuh.
saya suka merah kenapa saya suka merah kerana saya sukalah. kenapa saya sukalah kerana saya teramat suka kenapa saya teramat suka kerana saya teramat sukalah yang amat dalam dalam sangat. puas hati ? haha. aku akan setia pada kaw merah aku tidak akan curang pada kaw. welk welk. hee. :p
Semua orang mempunyai salah satu jenis warna yang sangat disukai dari sekian banyak warna atau warna kegemaran. Tahukah kamu warna kegemaran dapat memperlihatkan watak kamu secara umumnya?
warna biru
Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.
Warna Hijau
Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.
Warna Kuning
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis.Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.
Warna Ungu
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.
Warna Putih
Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh,senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.
Warna Hitam
Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta kamu
Warna Merah
Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.
aku ulang balik " kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta " yaa. aku x nafikan yg aku sekarang tak ade ape ape pon perasaan pada lelaki melainkan kawan semata mata tak lebih dari itu. mugkin benar aku sukar untuk jatuh cinta mungkin.